Ahad, 28 April 2013

CONTOH RPH KSSR



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Malaysia  Tahun  3 Bestari
Tema/Tajuk
Sains, teknologi dan inovasi – Kereta Buatan Malaysia
Masa
9.00 – 10.00 pagi
Standard Pembelajaran
1.5.1
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
  1. Bercerita mengenai gambar kereta menggunakan ayat tunggal dengan betul.
  2. Bercerita mengenai gambar kereta menggunakan ayat tunggal dengan intonasi dan sebutan yang jelas dan betul
Aktiviti
1. Set induksi- Guru menunjukkan tayangan video Upin Ipin
    Kereta Baru dan memaparkan gambar-gambar kereta.
2. Murid menyebut dan membina ayat tunggal tentang kereta    
    buatan Malaysia yang dipaparkan.
3. Murid dalam kumpulan bercerita tentang kereta buatan
    Malaysia berdasarkan gambar.
4. Wakil kumpulan bercerita di hadapan kelas menggunakan  
   ayat tunggal dengan intonasi dan sebutan yang jelas dan   
   betul.
5. Murid mencatat idea utama yang diceritakan oleh rakan.
6. Murid bercerita  semula idea utama yang telah dicatat.
7. Penutup menyanyikan lagu ”Kereta Baru” sambil melakonkan
    aksi memandu kereta.

EMK
Nilai murni : Patriotisme, sains dan teknologi ,
 TMK         : Belajar melalui TMK.
Keusahawanan :
Bahan Bantu Belajar
Gambar paparan media, kad gambar kereta.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Murid bercerita menggunakan ayat tunggal dengan jelas dan  intonasi yang betul berdasarkan gambar.
Refleksi
  1. 35 orang murid daripada 40 orang murid boleh bercerita dengan menggunakan ayat tunggal dengan intonasi dan sebutan yang jelas dan betul.
  2. Murid yang belum menguasai diberi bimbingan.

Sabtu, 27 April 2013

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU - Kaedah Natural

Kaedah Natural

Latar belakang
       Diasaskan oleh Tracy Terell, 1977
       Tokoh-tokoh natural yang lain  ialah Gouin, Montaigne dan   L. Sauveur
       Terell dan Stephen Krashen telah menerbitkan buku The Natural Approach 1978.
  • Kaedah semula jadi dianggap  sebagai  kaedah tradisi dalam pengajaran bahasa.
Ciri-ciri:
          Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang menganggap bahawa bahasa lebih mudah dikuasai secara semula jadi
          Komunikasi sebagai  fungsi utama  berbahasa dan pengajaran bahasa  lebih berpusatkan   keupayaan pengajaran  komunikatif
          Menekankan makna dan perbendaharaan kata  dalam pengajaran kerana  bahasa dilihat sebagai alat untuk menghubungkan  makna dan mesej
          Penguasaan bahasa berlaku apabila  pendengar  memahami mesej dalam bahasa sasaran yang dipelajari
Prinsip:
       Arahan sama dengan tahap penguasan bahasa
       Mengajar perkataan dan ayat  harian
       Kemahiran komunikasi diajar berperingkat-peringkat
       Tatabahasa diajar dengan pendekatan induktif
       Pelajaran baru diperkenalkan secara lisan
       Objek dan gambar diguna untuk kosa kata maujud dan penyataan idea untuk kosa kata abstrak
       Teks turut digunakan untuk kemahiran  mendengar dan bertutur
       Sebutan dan tatabahasa yang betul turut ditekankan.
Kaedah Natural (Semula Jadi) dalam Pengajaran Bahasa
       Pengajaran dimulakan  dengan soalan-soalan  yang berhubung dengan objek dan gambar
       Perkataan-perkataan baharu  diterangkan dengan menggunakan  perkataan-perkataan yang telah  diketahui  oleh murid
       Tidak menggunakan  bahasa  ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua) dan  tidak menggunakan  kaedah terjemahan
       Cara pembelajaran menyamai  pembelajaran bahasa pertama
       P &P  dilaksanakan secara tersusun dan berperingkat bermula dengan  kemahiran lisan,  kemudian bertutur dan seterusnya  membaca dan menulis.
dipetik daripada blog ini .

Cuti-cuti Malaysia

Video ini sesuai digunakan sebagai set induksi bagi sesi PDP Bahasa Malaysia yang bertemakan pelancongan.

Sabtu, 13 April 2013

Penggunaan Kata Sendi Nama "Dari" dan "Daripada"

Penggunaan kata sendi nama "dari".

Ia digunakan untuk menyatakan arah, tempat dan masa.
Contoh penggunaannya  ialah:-

1. Dari sana menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima minit. - (Arah) 


2. Ali berasal dari Kelantan.- (Tempat) 

3. Dari pagi  lagi,  ayah sakit perut. - (Masa) 


Penggunaan kata sendi nama'daripada' 

Ia digunakan untuk menyatakan orang, asal kejadian dan perbandingan.

Contoh penggunaannya ialah:

1. 
Ali menerima sepucuk surat daripada sahabatnya, Abu. - (Orang)

2. Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. - (Asal-usul) 

3. Walaupun badannya kecil, Aishah mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Zaleha. - (Perbandingan)